Keadaan pasaran pekerjaan di Australia semakin baik pada Jun, apabila jumlah pekerjaan meningkat selama empat bulan berturut-turut yang banyak disokong khsusnya oleh pekerjaan sepenuh-masa.
Pekerjaan secara keseluruhan bertambah sebanyak 14,000 bulan lalu berbanding kajian semula 38,000 pada Mei. Jangkaan bagi data kali ini ialah penambahan pekerjaan sebanyak 14,400.
Pekerjaan sepenuh-masa pula mempamerkan prestasi menggalakkan dengan menambah 62,000 pekerjaan berbanding Mei yang mencatat 53,400. Manakala pekerjaan separuh-masa merosot 48,000 berbanding pengurangan 10,100 sebelum ini.
Kadar pengangguran naik kepada 5.6% seperti yang dijangka. Kadar pernyataan (participation rate) yang mengira jumlah orang diambil bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan meningkat 0.2% kepada 65% pada Jun.
Jumlah jam bekerja dalam semua pekerjaan meningkat 6.2 juta jam seperti yang dilaporkan oleh data rasmi pagi tadi.
Pasaran pekerjaan Australia melonjak semula pada separuh pertama tahun ini selepas mempamerkan prestasi hambar tahun lalu. Antara penyebabnya adalah peningkatan kerja sambilan lebih daripada kerja sepenuh-masa yang membimbangkan pasaran tentang kebolehan negara ini menyediakan pekerjaan yang lebih berkualiti.
Kenaikan Aussie dolar berterusan dan didagang lebih tinggi selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 am. Aud/Usd ketika ini didagang lebih rendah selepas mencapai paras tertinggi pagi tadi.