Pair EUR/USD memulakan sesi awal dagangan Eropah dengan lonjakan berhampiran puncak 1.0600 dan kemudian kembali meneruskan junaman.
Dagangan yang agak lembab disebabkan cuti Easter gagal untuk membantu pasaran untuk bergerak dengan lebih aktif disamping sentimen yang tidak berpihak kepada matawang Greenback.
US Dollar dikatakan sedang teruk terjejas disebabkan data dari AS yang dikeluarkan bercampur-campur serta peningkatan ketegangan geopolitik di sekitar semenanjung Korea.
Pasaran hari ini juga seolah-olah gemuruh menantikan persaingan sengit di antara pilihanraya presiden Perancis yang akan datang. Walaupun kemenangan jelas menyebelahi Emmanuel Macron, pasaran dinilai masih mengambil tindakan berhati-hati dalam sesi ini dengan tidak mengambil risiko untuk membeli matawang ini.
Dalam sesi ini juga, Aussie menyerahkan keuntungan awal pada hari Isnin apabila China mengumumkan data KDNk yang lebih baik daripada jangkaan awal.
AUD / USD didagangkan pada 0,7586, sehingga 0.11% dengan pasaran di Australia ditutup hari ini sempena Easter Monday.
Dasar Pelonggaran Monetari Masih Akan diteruskan Selagi Inflasi Tidak Mencapai Sasaran 2 Peratus