Dasar Pelonggaran Monetari Masih Akan diteruskan Selagi Inflasi Tidak Mencapai Sasaran 2 Peratus

45

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada Isnin bahawa bank pusat perlu meneruskan dasar kewangan yang longgar buat masa ini kerana harga pengguna yang masih jauh daripada sasaran sebanyak 2 peratus.

Menurut gabenor bank pusat tersebut lagi, harga pengguna memerlukan kawalan memandangkan ekonomi masih tidak menunjukkan momentum menaik.

Dalam masa yang sama, Kuroda juga menyifatkan bahawa perbelanjaan pengguna dilaporkan melemah namun mula menunjukkan tanda-tanda untuk memulih disamping ekonomi yang sedang bergerak dalam trend yang sederhana.

Bank pusat tersebut juga dijangka akan terus melonggarkan dasar bagi mencapai sasaran inflasi.

Bon kerajaan Jepun juga didagang tidak banyak berubah pada Isnin disamping dagangan lemah yang menyaksikan pengumuman data yang mempunyai kepentingan ekonomi yang minimum. Kebanyakan pasaran yang ditutup hari ini sempena cuti Easter juga menambah kelesuan kepada pasaran bon hari ini.

Ekonomi China Catat Pertumbuhan Membanggakan Bagi Suku Pertama Tahun Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat