Indeks pembuatan Zon-Eropah (Markit flash Eurozone manufacturing PMI) pada Mac menguat ke paras 56.2 dari 55.4 sebelum ini. Bacaan kali ini melebihi jangkaan 55.3 dan merupakan bacaan yang tertinggi pernah direkodkan sejak 71 bulan lepas.
Indeks sektor perkhidmatan turut menguat ke paras tertinggi 71 bulan lepas, dari 55.4 kepada 56.5 dan lebih tinggi dari jangkaan 55.4.
Sentimen positif data kali ini dilengkapkan dengan indeks komposit yang meningkat ke paras tertinggi 56.7 dari 56.0.
Dalam komponen data-data ini, komponen tempahan baru meningkat ke paras tertinggi sejak April 2011 di mana sektor perkhidmatan dan pembuatan merekodkan peningkatan yang meyakinkan dengan tempahan eksport juga turut meningkat.
Jangkaan perniagaan juga mengukuh ke paras tertinggi sejak Julai 2012.
Pasaran pekerjaan Zon-Eropah kekal kukuh dengan pengambilan pekerjaan meningkat ke paras tertinggi sejak Julai 2007.
Pada awal tadi pukul 4.30 petang kedua-dua data PMI dari Jerman dan Perancis melebihi jangkaan pasaran dengan margin yang signifikan di mana Perancis mengukuh dengan mayakinkan. Peningkatan dalam data PMI ini akan melonjakkan keyakinan kepada ekonomi Zon Eropah dan juga kenaikan inflasi.
Implikasi dari polisi ECB adalah penting dalam jangka pendek. Dengan bukti peningkatan dalam pertumbuhan dan harga, ECB sepatutnya semakin yakin bahawa risiko kepada ekonomi semakin berkurangan dan memerlukan sedikit pengurangan rangsangan monetari.
Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, matawang Euro menguat dengan Eur/Usd melonjak hampir 40 pip sehingga pada masa artikel ini ditulis.