Permit bangunan di Amerika Syarikat meningkat 3.6% pada Mac yang membawa kepada 1.26 juta bangunan setakat ini. Jumlah ini sedikit melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.25 juta.
Data ini menunjukkan jumlah permit bangunan yang dikeluarkan pada bulan lepas (Mac). Data ini dikeluarkan setiap bulan selepas 18 hari bulan tersebut berakhir.
Jika dilihat dengan data-data berlainan yang dikeluarkan, ia menunjukkn data yang bercampur-campur yang hanya memberikan impak yang kecil kepada pasaran.
Penyusutan dalam kadar faedah pinjaman sepanjang minggu lalu dijangka cenderung memberikan sokongan kepada sektor perumahan dalam jangka pendek yang akan menggalakkan permintaan.
Sejurus data ini dikeluarkan, pasaran memberikan reaksi pasaran yang minimum dengan Usd/Jpy masih lagi berada di bawah paras 109.00.
Dalam data berasingan, sektor perindustrian Amerika Syarikat berkembang pada Mac dengan pengeluaran merekod kenaikan 0.5% yang sejajar dengan jangkaan pasaran di mana data sebelum ini merekod kenaikan 0.1% pada Februari.
Namun data komponen pembuatan memberi sedikit kebimbangan dengan penyusutan 0.4% pada tempoh sama dengan data sebelum ini merekod kenaikan sebanyak 0.3%.
Tiada pergerakan yang signifikan selepas data ini dikeluarkan sebentar tadi.