Tempahan ‘durable goods‘ teras (core-durable goods) pada April merosot 0.7% berbanding jangkaan pasaran yang lebih tinggi iaitu kenaikan 1.4% pada tempoh tersebut. Bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum itu ialah kenaikan 2.3% yang telah dikaji semula.
Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.
Manakala dalam data yang lebih penting iaitu tempahan core-durable goods yang tidak termasuk barangan seperti pengangkutan merosot 0.4% pada tempoh sama berbanding jangkaan kemerosotan sebanyak 0.2%. Kemerosotan ini begitu rendah berbanding data sebelum ini yang merekod kenaikan 0.8%.
Tempahan barang modal yang tidak termasuk pesawat tidak berubah dari kenaikan 0.2% dengan kenaikan tahuna kali ini berjumlah 1.3%.
Penghantaran juga merosot 0.3% pada April dan telah merekod kejatuhan tiga dari empat bulan terakhir.
Tempahan yang belum dipenuhi atau belum dihantar kepada pembeli meningkat 0.2%, manakala dalam tempoh 12 bulan sehingga April mencatat penurunan 1.2%.
Data terbaru ini menunjukkan momentum dalam perbelanjaan modal atau pelaburan dan data-data terbaru dijangka tidak memberi banyak impak kepada polisi monetari dalam masa terdekat.