Data terbaru dari Baker Hughes merekodkan peningkatan jumlah pelantar di Amerika Syarikat kepada 789 pada minggu berakhir 17 Mac berbanding 768 pada minggu sebelum itu.
Jumlah pelantar minyak kini meningkat kepada 631 berbanding sebelum ini 617, manakala pelantar gas meningkat kepada 157 dari 151 sebelum ini.
Jumlah pelantar minyak ketika ini 63% lebih banyak daripada tahun lalu.
Dengan kejatuhan harga minyak mentah global sejak dua minggu lalu, ia dilihat tidak memberi kesan kepada aktiviti carigali di Amerika Syarikat. Hal ini disokong dengan laporan bahawa syarikat-syarikat AS meningkatkan perbelanjaan modal (pelaburan) tahun ini.
Walaubagaimanapun, masih ada potensi aktiviti carigali di negara ini semakin perlahan jika harga minyak mentah terus jatuh dalam tempoh suku kedua 2017.
Ketika ini harga komoditi hitam masih belum pulih dengan data terbaru dari Baker Hughes meningkatkan kebimbangan para pelabur. Harga minyak Wti kini berada di sekitar $48.92 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) berada di sekitar $51.51 setong.