Gaji mingguan sedang meningkat di mana pengguna-pengguna di Amerika Syarikat dilihat lebih banyak berbelanja. Hal ini meningkatkan lagi potensi untuk Fed menaikkan kadar faedah pada Disember walaupun terdapat kebimbangan terhadap paras rendah kadar inflasi.
Indeks harga pengguna (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga adalah satu indikator yang penting untuk dilihat. Dalam data pada Rabu, ia meningkat bulan lalu selepas kejatuhan mendadak pada awal tahun 2017.
Data inflasi keutamaan bank pusat iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, pce) juga merosot dari 1.6% kepada 1.4% pada September.
Walaubagaimanapun, data jualan runcit lebih baik daripada jangkaan yang naik 0.2% pada Oktober.
Purata gaji mingguan meningkat 2.6% yang tertinggi sejak bulan Jun.
Dengan data-data semasa ini, sesetengah penganalisis menaikkan ramalan mereka terhadap ekonomi Amerika Syarikat.
“Inflasi sedang mendapat momentum secara beransur-ansur. Data pada Oktober menunjukkan peningkatan yang menyeluruh,” kata penasihat di Barclays Research.
Beliau meningkatkan anggaran pertumbuhan ekonomi (GDP) kepada 4.3% berdasarkan data jualan runcit dan mengatakan data tersebut akan terus meningkat.
“Kami menjangka asas yang kuat untuk perbelanjaan pengguna. Hal ini termasuklah pertambahan pekerjaan, pengukuhan kenaikan gaji benar, dan juga pengukuhan terbaru dalam pendapatan bersih isi-rumah,” kata Kathleen Navin.