Pertumbuhan Zon-Eropah semakin pantas tetapi pembuat polisi European Central Bank (ECB) perlu bersabar untuk memulihkan semula inflasi, kata ketua penganalisis ekonomi ECB Peter Praet pada Khamis.
“Dengan prospek ekonomi yang semakin cerah, jangkaan hasil dari pelaburan perniagaan akan membuatkan pasaran hutang lebih menarik,” kata Praet dalam konferens di Rome.
“Tetapi misi kita masih belum selesai. Kita perlu bersabar,” kata Praet yang mengulangi mesej yang disampaikan Presiden Draghi minggu lalu. “Usaha menaikkan inflasi memerlukan masa untuk menunjukkan data yang meyakinkan.”
Praet berkata pada Selasa inflasi masih lagi volatile (turun-naik) dan petunjuk harga teras masih lagi lemah.
ECB cuba untuk mengubah jangkaan pasaran terhadap tindakan tapering yang dapat dilihat dalam komen Draghi pada 29 Jun.
Draghi turut menjelaskan tentang kelemahan semasa inflasi adalah lebih banyak disebabkan faktor-faktor sementara.
“Walaubagaimanapun, sokongan polisi monetari masih diperlukan supaya dinamika inflasi boleh bergerak dan mengukuh dengan sendirinya.”
“Dengan ekonomi yang semakin meningkat, kita perlu mengubah polisi secara beransur-ansur, bagi memastikan rangsangan yang dijalankan menyokong pemulihan dengan mengambil kira ketidaktentuan,” kata Draghi.