Harga emas melonjak dalam sesi Asia pada Rabu berikutan risiko politik disamping penelitian yang lebih terperinci terhadap mogok oleh pekerja-pekerja di lombong copper terbesar di dunia iaitu Chile.
Gold futures di Comex telah meningkat sebanyak 0.03 peratus kepada $1,211.75 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures dan copper masing-masing menunjukkan junaman sebanyak 0.15 peratus dan 0.04 peratus walaupun pasaran pengimport utama dunia iaitu China di tutup sempena cuti Tahun Baru Cina.
Copper melonjak semalam selepas Kesatuan Pekerja di Chile Minera Escondida, lombong copper terbesar di dunia telah merancang untuk mengundi hari ini bagi meluluskan mogok seawal Jumaat selepas rundingan bagi perjanjian kolektif seolah-olah gagal. Saham lombong Escondida secara majoritinya dimiliki oleh BHP Billiton, sementara Rio Tinto memegang saham minoriti.
Sebelum ini, data rasmi Purchasing Managers’ Index (PMI) telah menunjukkan pengembangan pada bulan Januari sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi tanah besar telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Semalam, komen Trump terhadap dasar perdagangan telah memburukkan lagi sentimen terhadap matawang US Dollar.
Emas turut mencatat keuntungan kukuh pada Selasa selepas dasar perdagangan AS menjadi tumpuan baru pelabur sementara menantikan dasar Fed yang terkini.
Ketidaktentuan dagangan Greenback telah menghantar emas ke paras yang lebih tinggi pada Selasa gara-gara junaman US Dollar.