Harga emas ketika ini didagang di sekitar pembukaan harga pada Jumaat, hampir tidak berubah dengan pasaran sedang menunggu data inflasi US malam ini.
Comex di New York Mercantile Exchange (NYME) menunjukkan emas pada Ogos susut 5 sen kepada $1217.24 setakat pukul 4.00 pm.
Komoditi emas dilihat di landasan betul bagi mencapai keuntungan 3% pada Jumaat selepas merekod kejatuhan dua minggu berturut-turut berikutan sentimen risk-on pasaran yang memperlihatkan suasana positif dalam pasaran kewangan global.
Emas jatuh berikutan jangkaan terhadap bank pusat yang akan terus menaikkan kadar faedah yang seterusnya mengurangkan permintaan emas dalam pasaran.
Jangkaan bagi data inflasi US malam ini juga sedikit tinggi daripada data sebelum ini dengan harga pengguna (CPI) dari bulan ke bulan dijangka naik 0.1% berbanding kemerosotan 0.1% sebelum ini. Core-CPI juga dijangka naik 0.2%.
Kenaikan inflasi dijangka akan menjadi pemangkin kepada pasaran di mana ia dilihat akan meningkatkan potensi kenaikan kadar The Fed.
Seperti yang kita tahu, hubungan emas dan US dolar adala negatif dan kejatuhan inflasi malam ini sudah tentu akan menyokong emas.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.08 setakat ini pada pukul 5.00 pm.