EUR/USD – Analisis Teknikal – 8/11/2017
EUR/USD semalam berjaya untuk bearish lebih kurang 50 pips dengan mencapai MagicS2. Jika diperhatikan, ia telah berjaya membentuk new LL sekitar harga 1.1560. Pergerakan ketika ini masih ke arah bearish selagi ia tidak breakout Key Resistance hari ini iaitu MagicR1 1.1614.
Dijangkakan, ia berpotensi untuk mencapai Key Support hari ini dan jika breakout ia akan terus bearish bagi membentuk new LL sekitar harga 1.1514/00. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance harian 1.1614, EUR/USD berkemungkinan akan menguji semula Key Resistance Zone iaitu 1.1700/1.1660.