Ahli The Fed John Williams berkata pada Jumaat bahawa beliau tidak menjangka gangguan pasaran akan berlaku dengan pengurangan penyata imbangan yang akan dimulakan pada Oktober.
“Kita telah banyak memperkatakan tentang hal ini. Kami telah mengumumkannya dan pasaran telah mengetahui perkara ini. Tetapi masih ada persoalan tentang perjalanan operasi ini yang akan bermula bulan depan hingga beberapa tahun akan datang – iaitu bagaimana pasaran akan memberi reaksi?”
Normalisasi adalah tema utama dalam bank pusat ketika ini, kata Williams.
Williams juga menjangka satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini dan tiga kali pada tahun hadapan. Namun, masa yang spesifik untuk kenaikan itu tidak penting, dengan kenaikan secara beransur-ansur telah bermula sejak tahun lalu.
Kadar inflasi akan bergerak di sekitar 2% dua tahun ke depan, tambah beliau.
Walaubagaimanapun pengetatan kadar faedah ini akan bergantung kepada perkembangan ekonomi dari masa ke semasa.
Di samping itu, beliau menegaskan masih ada sedikit ruang untuk menurunkan kadar faedah jika perlu dalam situasi ekonomi yang bergerak negatif.