Pasangan matawang GBPU/USD turun mengambil harga bid (permintaan) yang baru di sesi Asia kemudian pulih semula selepas jatuh daripada paras tertinggi sebulan yang lalu.
Semalam, pasangan matawang ini menyentuh paras intraday tertinggi 1.3222 namun gagal untuk kekal berikutan dolar US mengukuh dan pulih. Harga tutup di sekitar paras 1.3165-60.
British pound mendapat tarikan hari ini disokong oleh perkembangan positif terhadap jadual rang undang-undang Brexit. Parlimen UK telah meluluskan rang undang-undang pengeluaran EU dengan 326 undian berbanding 290. Greenback yang mengukuh, menyekat sterling untuk naik lebih tinggi dan fokus beralih kepada data inflasi UK pada jam 4.30 petang ini.
Para pelabur minggu ini juga akan meneliti data pekerjaan UK pada hari Rabu serta keputusan polisi monetari bank pusat England (BoE) pada hari Khamis yang mana kedua-dua memainkan pernanan penting bagi menentukan arah GBP/USD yang lebih jelas.
Paras teknikal GBP/USD
Harga GBP/USD sekarang menghampiri resistance 1.3200, di mana pasaran mungkin mencari penawaran (supply) yang baru di sekitar 1.3220-25.
Jika harga melepasi dan tutup di atas atas paras resistance signifikan 1.3225, mungkin akan menolak GBP/USD naik lebih tinggi ke paras tertinggi awal bulan Ogos yang lulu di sekitar kawasan resistance 1.3265-70
Sebaliknya, paras 1.3160-50 ketika ini dilihat sebagai paras sokongan (support) sementara, dan jika dipecahkan akan meneruskan pembetulan harga kearah 1.3100.