Banjir yang berlaku disebabkan ribut Harvey menyebabkan proses penapisan (refinery) tergendala dalam skala besar pada Selasa di mana harga minyak mentah meningkat berikutan gangguan bekalan di Colombia dan Libya.
Penutupan kilang penapis menolak harga gasolin US lebih tinggi pada Isnin yang merupakan kenaikan terbanyak sejak 2015.
Minyak West Texas Intermediate (WTI) naik 0.21% setakat pukul 4 petang kepada $46.66 setong, manakala minyak Brent susut 0.08% kepada $51.37 setong.
Bencana banjir besar ini telah memaksa banyak kilang penapis ditutup di mana beberapa lagi kini mula untuk dibuka semula. Hujan lebat ini dijangka akan berterusan sehingga Rabu di Houston.
“Sekitar 2-3 juta tong sehari penapisan tergendala dan 500,000 tong sehari pengeluaran minyak mentah yang tergendala,” kata Bank Barclays.
Pasaran minyak mentah juga melihat kepada gangguan bekalan di Colombia dan Libya, di mana penapisan di Libya hanya beroperasi separuh daripada 120,000 tong sehari berikutan penutupan ‘oilfield’ di Sharara.
Di Colombia, serangan bom menyebabkan operasi di saluran paip kedua terbesar negara ini terganggu yang mana ia mampu mengeluarkan 210,000 tong minyak sehari.