GBP/JPY – Analisis Teknikal H1 – 24/10/2017
Secara teknikal, di timeframe yang lebih besar GBP/JPY masih dikuasai mood bullish ketika ini. Dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah menunggu ia melakukan retracement penurunan ke level-level support yang berpotensi samaada sekitar MagicS1 149.30/50 atau ke MagicS2 148.85 bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.
Oleh itu, sebarang penurunan ketika ini boleh diklasifikasikan retracement/pullback selagi ia tidak breakout harga low bullish morubozu candlestick Jumaat lalu. Dan target/exit yang berpotensi untuk dicapai adalah sekitar harga 150.50 jika ia mulai membuat kenaikan dari Key Support atau ke 150.88/151.30 jika berjaya untuk brekaout Key Resistance.