Harga bitcoin mencipta sejarah, buat pertama kali pada 16 November, harga bitcoin mencapai $8020 di pertukaran Bitfinex. Bitcoin merupakan matawang-crypto yang melepasi paras harga $8000.
Harga bitcoin meningkat mencapai paras tertinggi iatu pada $8,020 sebelum jatuh ke paras $7,955.0 setakat jam 11.20 pagi.
Pada awal bulan ini, penolong pengerusi Goldman Sachs FICC, Sheba Jafari telah meramal bahawa harga bitcoin akan menghampiri atau mencapai paras $8000. FundStrat Global, pula percaya harga bitcoin akan naik keparas $25,000 dalam tempoh 5 tahun ini.
Pada awal minggu ini, harga bitcoin jatuh ke paras terendah 25 Oktober lalu iaitu pada $5426.00.
Kejatuhan harga bitcoin adalah berikutan penambahbaikan perisisan yang dijangka akan dilancarkan pada minggu ini. Penambahbaikan ini itu dapat memisahkan matawang crypto kepada dua bahagian yang dipanggil sebagai ‘fork‘.
Fork juga dikenali dengan nama SegWit2x. Penambah baikan perisian ini adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.
SegWit2x merupakan perjanjian diantara beberapa individu berprofil tinggi dalam dunia bitcoin yang merencanakan untuk melebarkan lagi kapasiti jaringan bitcoin.
Bitcoin Cash kini pula jatuh daripada paras tertinggi iaitu pada $2790.00 kepada paras $986.72 setakat jam 11.20 pagi.
Selain itu, badan pengurus dana UK, Man Group yang mengurus dana melebihi $100 billion mengumumkan bahawa mereka akan mula melabur bitcoin sejak pasaran hadapan bitcoin CME Group itu dilancarkan.