Harga minyak mentah global susut hari ini dengan jangkaan masih lagi terhadap keyakinan pemotongan pengeluaran oleh pengeluar utama akan menstabilkan pasaran ini dan menyokong harga komoditi hitam.
Ketika ini harga minyak mentah telah memadam kenaikan pada Khamis dengan minyak WTI (West Texas Intermediate) di dagang di paras $53.41 setong turun dari paras tertinggi semalam $54.05. Manakala minyak Brent (Brent-oil) sedang berada di paras $55.50 setong turun dari paras tertinggi Khamis iaitu $56.48 setong.
Sebelum ini, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Russia merancang untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun 2017 dengan jangkaan pematuhan sekitar 90 peratus.
Walaubagaimanapun, harga minyak jatuh hari ini yang disebabkan kebimbangan peningkatan pengeluaran dari US yang mengehadkan kesan pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC.
Menurut Pengurusan Informasi Tenaga (EIA), stok minyak di US yang berakhir pada 10 Februari merekodkan penambahan 9.5 juta tong hampir tiga kali ganda dari jangkaan pasaran. Selepas kenaikan yang begitu banyak dalam beberapa minggu berturut-turut, stok US ketika ini di paras 518.12 juta tong.
Pengeluaran minyak mentah US telah meningkat lebih dari 6% sejak pertengahan 2016, walaupun ia masih 7% di bawah paras tertinggi 2015. Tahun 2014 mencatatkan kejatuhan mendadak pasaran minyak mentah global, berikutan stok minyak yang begitu banyak di US ketika itu.