Pemulihan harga ditunjukkan oleh minyak mentah global dari support penting yang dicapai pada Isnin dengan sentimen semakin baik dalam pasaran ini selepas berlaku gangguan bekalan di Libya yang menyokong kenaikan hari ini.
Harga minyak mentah terutamanya WTI berada di bawah tekanan dalam sesi dagangan AS pada Isnin sehingga menguji support di bawah paras $47.20. Brent oil juga mengalami nasib sama dan turut menguji support di paras $50.00.
Namun, harga WTI ketika ini telah mencapai paras $48.50 setong di mana harga menguat sejak sesi Asia lagi pada Selasa. Harga hanya melonjak pada sesi Eropah apabila berlaku gangguan terhadap bekalan di Libya.
Terdapat juga keyakinan bahawa OPEC berpotensi mempersetujui palanjutan pemotongan bekalan selepas Jun berikutan retorik yang positif dari Menteri Minyak Iran Zanganeh. Ahli-ahli OPEC akan bermesyuarat pada lewat April bagi membincangkan tentang pelanjutan potongan bekalan.
Trend risk-appetite akan terus diperhatikan dalam jangka pendek jika ada sebarang sentimen terbaru yang akan membawa harga komoditi hitam ke bawah, begitu juga sentimen keseluruhan khususnya pasaran ekuiti Amerika Syarikat.
Sesi dagangan Selasa hari ini akan memberi perhatian kepada data inventori API (American Petroleum Institute) yang akan dikeluarkan selepas sesi AS ditutup pagi nanti.