Harga pengeluar Amerika Syarikat meningkat 0.3% pada Februari berbanding 0.6% yang direkodkan sebelum ini. Bacaan kali ini juga lebih dari jangkaan kenaikan 0.1%.
Jika tidak mengambilkira makanan dan bahan api, harga pengeluar meningkat 0.3% berbanding 0.4% sebelum ini dengan kenaikan lebih tinggi dari jangkaan 0.2%.
Terdapat kenaikan signifikan dalam harga elektrik pada tempoh sama tetapi harga gas jatuh selepas pengukuhan harga sebelum ini.
Harga sektor perkhidmatan naik 0.4% pada Februari berbanding 0.3% yang direkodkan sebelum ini walaupun terdapat sedikit perubahan dalam harga perdagangan, pengangkutan dan pergudangan. Peningkatan yang tinggi dalam harga sektor perkhidmatan akan mencetuskan spekulasi bahawa tekanan ke atas kepada harga selepas kenaikan harga bahan api.
Data secara keseluruhan tidak akan mencetuskan kenaikan mendadak dalam inflasi dengan tekanan secara keseluruhan masih lagi terkawal ketika ini. Kejatuhan dalam harga gasolin juga akan menjadi faktor signifikan bagi menyerap tekanan kenaikan kepada harga pengguna (CPI) dan akan membantu mengurangkan kenaikan harga.
Sejurus data ini dikeluarkan, US dolar dilihat terus kukuh dengan kurangnya pergerakan yang signifikan kepada pasaran.