Harga minyak kembali melonjak pada Khamis selepas mencatat kerugian mendadak pada hari sebelumnya. Sedikit penurunan terhadap inventori minyak mentah AS juga memberi sedikit sokongan bagi mengekang lebihan bekalan global serta mengembalikan semula momentum minyak mentah.
Brent mentah didagang pada $53.31 setong, meningkat sebanyak 38 sen atau 0.72 peratus.
WTI mentah telah meningkat sebanyak 31 sen atau 0.61 peratus kepada $50.75 setong.
Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), stok minyak mentah AS menjunam sebanyak 1 juta tong minggu lepas kepada 532.34 juta tong. Walau bagaimanapun, stok komoditi tersebut masih berlegar ke paras tertinggi setakat ini.
Harga komoditi hitam mula melonjak selepas inventori bagi kedua-dua penanda aras minyak mentah menurun lebih 3.5 peratus hari sebelumnya berikutan lonjakan inventori dan kenaikan pengeluaran minyak mentah sehingga 9.25 juta tong sehari. Laporan tersebut juga menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus sejak pertengahan tahun 2016.
Menurut James Wood, penganalisis pelaburan Rivkin Securities, AS kini telah memasuki tempoh lonjakan permintaan bagi komoditi hitam disebabkan musim panas. Hal ini juga secara tidak langsung menambah sedikit tekanan kepada lonjakan harga.
US Dollar Menarik Nafas Lega Dalam Dagangan Sesi Asia Pagi Ini