Bacaan akhir harga pengguna (Consumer Price Index, CPI) bagi Zon-Eropah sejajar dengan bacaan awal yang dikeluarkan pada awal Januari dan jangkaan pasaran di paras 1.10%.
Bacaan akhir harga pengguna kali ini meningkat 0.50% pada Disember dengan inflasi tahunan meningkat ke paras 1.10% dari 0.60% sebelum ini, dan lebih tinggi dari bacaan yang direkodkan pada Disember 2015 yang hanya naik 0.20%. Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak Oktober 2013.
Manakala inflasi teras (Core-CPI) naik 0.40% pada bulan sama dengan bacaan tahunan (year-on-year) naik 0.90% dari 0.80% sebelum ini, dan tidak berubah dari bacaan pada tempoh sama 2015.
Terdapat impak yang signifikan oleh ‘base effect‘ dalam jangka pendek dengan harga pengguna susut 1.4% pada Januari 2016. Walaupun harga akan jatuh pada Januari disebabkan musim perayaan, tetapi bacaan tahunan berpotensi naik sebanyak 1.50%.
Walaubagaimanapun, masih tiada kenaikan signifikan dalam inflasi-teras (core inflation) dan ECB berkemungkinan besar akan mengubah polisi jika inflasi menghampiri 2.00%. Pasaran akan memberi perhatian kepada komen Draghi pada malam ini dalm sidang media penetapan kadar ECB.