Fed Evans mengatakan The Federal Reserve akan menaikkan kadar sekurang-kurangnya dua kali tahun ini dan berkemungkinan sehingga empat kali.
Menjelaskan kenapa beliau agak berhati-hati terhadap jangkaan ekonomi berbanding rakan-rakannya yang lain, Evans mengatakan,”saya rasa dua kenaikan tahun ini adalah selamat. Tiga? Boleh jadi tiga kenaikan, jika jangkaan ekonomi semakin meyakinkan. Empat? Jika ekonomi bergerak semakin baik daripada itu.”
Presiden The Fed cawangan Boston Eric Rosengren pula mengatakan The Fed perlu menaikkan kadar tiga kali lagi tahun ini disebabkan ekonomi yang semakin mengukuh.
Rosengren sebelum ini adalah seorang yang ‘dovish‘ dan semakin hawkish sejak tahun lepas dan mendesak pengetatan polisi kerana kebimbangannya kepada The Fed perlu menaikkan kadar lebih pantas dari jangkaan jika tidak berbuat demikian.
Fed Williams kali ini pula berpendapat The Fed perlu menaikkan kadar tiga atau empat kali tahun ini berikutan ekonomi telah memulih sepenuhnya. Tegasnya, kenaikan kadar secara berperingkat “bagi mengelakkan ekonomi dari terlalu panas”…Saya tidak menolak kenaikan kadar lebih dari tiga kali tahun ini, kata William kepada Kelab Penganalisis Ekonomi di New York.
Katanya lagi, “Dengan ekonomi pada gunatenaga penuh, inflasi menghampiri sasaran 2% dan ekonomi yang telah berkembang lapan tahun berturut-turut, data-data ini adalah buktinya dan jelas.”