Sterling (GBP) melonjak berbanding matawang utama yang lain pada Isnin selepas ahli Parlimen Eropah berkata terdapat ‘peluang terbaik’ untuk perjanjian perpisahan antara Kesatuan Eropah dan Britain.
Elmar Brok berkata beliau teruja dengan perkembangan rundingan dengan perbezaan hanya sedikit ketika ini berbanding dulu.
Perdana Menteri Theresa May akan makan tengah hari bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Juncker dan Barnier pada Isnin. May dijangka akan cuba memujuk mereka untuk memulakan rundingan perdagangan yang baru dan juga perjanjian peralihan dua tahun.