Matawang Sterling mencapai paras tertinggi hampir sebulan lepas berbanding euro pada Isnin yang dibantu oleh spekulasi bahawa Bank of England (BoE) akan lebih hawkish dalam penetapan polisi monetari pada Khamis.
Sterling atau GBP juga mencapai paras tertinggi lima minggu lalu berbanding US dolar pada Jumaat selepas mencatat data sektor pembuatan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Sebelum ini, kenaikan GBP/USD dilihat lebih kepada faktor kelemahan US dolar yang disebabkan risiko pasaran di Amerika Syarikat.
Namun, ini bukanlah bermakna risiko kepada rundingan Brexit telah berakhir selepas rundingan yang berlangsung di UK.
“Matawang GBP kekal kukuh pada Jumaat dan GBP/USD menguji resistance di atas 1.3200 buat pertama kali sejak lima minggu lalu. US dolar tertekan disebabkan kebimbangan ribut Irma dan potensi kenaikan kadar faedah The Fed yang semakin merosot,” kata Tim Clayton penganalisis ekonomi bebas.
Pengukuhan matawang ini berikutan jangkaan terhadap penetapan polisi monetari Bank of England (BoE) yang akan diumumkan pada Khamis. Penganalisis pasaran dan pemain pasaran secara umumnya menjangka bank pusat akan menunjukkan pendirian yang semakin bimbang terhadap kesan kelemahan Sterling kepada inflasi.
“Peningkatan yang semakin kukuh minggu lalu diharap akan terus memberikan lebih keyakinan kepada bank pusat bahawa pertumbuhan masih baik sejak selepas undian Brexit,” kata Lee Hardman, penganalisis matawang di MUFG Jepun.
“Kami menjangka BoE akan menegaskan bahawa pasaran memandang rendah skala kenaikan kadar faedah beberapa tahun akan datang, walaupun mereka tidak memberikan isyarat kenaikan kadar tahun ini.”