Keputusan ‘Supreme Court‘ pada hari ini secara keseluruhan menepati jangkaan pasaran, dengan pemain-pemain pasaran meramalkan Kerajaan akan mendapat undian majoriti bagi mendapatkan pengesahan Parlimen untuk memenuhi artikel 50 dan meneruskan proses keluar UK dari Kesatuan Eropah (EU).
Kerajaan UK ketika ini perlu mendapatkan sokongan dari Parlimen bagi melicinkan proses untuk memenuhi artikel 50. Daari segi undian Parlimen, Kerajaan dijangka akan mendapat undian majoriti di ‘House of Commons‘ dengan sedikit potensi untuk kalah. Tetapi isu yang lebih kompleks akan berlaku di ‘House of Lords‘.
Dalam konteks ini, tumpuan utama adalah sama ada terdapat penangguhan kepada perancangan Kerajaan untuk memulakan proses Brexit sebelum akhir Mac 2017.
Dengan keputusan ‘Supreme Court‘ yang tidak memerlukan Kerajaan mendapatkan pengesahan dari Parlimen Scotland, Wales dan Northern Ireland, Kerajaan UK dijangka mampu meneruskan perancangan mengikut jadual walaupun masih ada sedikit risiko penangguhan jika ada cabaran undang-undang dari mana-mana pihak.
Matawang Pound (Gbp/Usd) spiked ke atas selepas keputusan dikeluarkan dan spiked ke bawah semula dalam masa 15 minit.