May Perlu Mendapatkan Kebenaran Parlimen Sebelum Mencetuskan Article 50

43

Supreme Court UK memutuskan pada Selasa bahawa Perdana Menteri Britain, Theresa May perlu mendapatkan kelulusan dari Parlimen untuk mencetuskan Article 50 dan memulakan proses rasmi bagi meninggalkan Kesatuan Eropah.

Dalam undian majoriti 8-3, Supreme Court UK memutuskan bahawa kerajaan tidak boleh memulakan langkah ini tanpa gerakan dari parlimen. Bagaimanapun, badan perundangan di Scotland dan Northern Ireland tidak dapat mengundi di dalam proses ini.

Hakim-hakim turut mengatakan bahawa keputusan keluar dari EU akan menyebabkan UK tidak lagi berada di bawah undang-undang Kesatuan Eropah, termasuk perubahan hak.

Namun begitu, kerajaan Britain berharap agar proses ini bakal mendapat sokongan Parlimen memandangkan May telah berjanji untuk mencetuskan Article 50 pada penghujung Mac nanti.

TPP : Trump Sahkan Amerika Syarikat akan Tarik Diri dan Menyifatkan Perjanjian Ini Tidak Masuk Akal!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat