Jualan rumah baru di US jatuh ke paras 536,000 pada Disember dan merekodkan penyusutan 10.4% dari bacaan November (598,000) yang telah dikaji semula.
Data ini dikeluarkan setiap bulan selepas (25-27 hari), bulan tersebut berakhir.
Bacaan kali ini adalah yang terendah sejak 10 bulan lalu dan di bawah jangkaan pasaran 585,000 dengan penyusutan tahunan 0.4%. Walaupun begitu, jualan naik 12.2% pada 2016.
Peningkatan jualan dicatatkan di wilayah Timur Laut US, manakala kemerosotan paling tinggi direkodkan di Barat Tengah US sebanyak 40%.
Kadar pinjaman perumahan meningkat 4.32% pada hujung Disember dari kenaikan 3.54% pada November. Data kali ini akan menyebabkan spekulasi terhadap kenaikan kadar faedah yang menyebabkan kemerosotan jualan rumah.
Tiada reaksi pasaran yang signifikan disebabkan data ini dengan ‘hasil-bon 10 Tahun US’ masih berada di atas paras 2.5% walaupun data kali ini lemah dari jangkaan.