Perbelanjaan dalam sektor domestik UK semakin perlahan pada Januari selepas merekodkan penyusutan jualan runcit (retail sales) pada 2.3% pada Disember. Jualan runcit bulan lalu merekodkan kejatuhan 0.3% dengan jangkaan kali ini kenaikan di sekitar 1.0%.
Penyusutan kali ini membawa kepada kemerosotan 0.4% dalam tempoh tiga bulan terkini berbanding tempoh sebelum ini, dengan bacaan dari tahun ke tahun perlahan kepada 1.5% dari 4.3%.
Jualan kedai makanan susut 0.5% pada Januari dengan kejatuhan 0.2% secara tahunan. Dalam komponen bukan-makanan pula naik 0.3% bulan lalu dan 2.8% dari tahun ke tahun.
Purata harga naik 1.9% secara tahunan sehingga Januari yang merupakan kenaikan tertinggi sejak Julai 2013 dengan kenaikan harga di stesen minyak juga merekodkan bacaan tertinggi sejak September 2011 di paras 16.1%.
Data kali ini akan mengekalkan jangkaan kepada tekanan kenaikan harga yang memberi kesan kepada kejatuhan jualan pada 2017 yang akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi (GDP). Hal ini telah dijangka oleh Bank of England (BoE) yang masih legi mengekalkan polisi pelonggaran walaupun terdapat tanda-tanda kenaikan harga mendadak baru-baru ini.
Pound melemah sejurus data dikeluarkan dengan tekanan kepada pasangan matawang Gbp/Usd jatuh 90 pip ke paras terendah hari ini.