Jualan runcit US merekodkan kenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalu pada Julai apabila pengguna dilihat berbelanja lebih banyak yang menggambarkan ekonomi meneruskan momentum lebih awal pada suku ketiga.
Jualan runcit pasa Jun dan Mei turut dikaji semula lebih tinggi dari bacaan asal yang mana memberi keyakinan terhadap perbelanjaan pengguna. Namun, kurangnya kenaikan dalam pertumbuhan gaji menyebabkan rakyat Amerika kurang menyimpan.
“Pengguna banyak berbelanja pada Julai yang menunjukkan keyakinan mereka terhadap ekonomi dalam separuh kedua tahun ini,” kata Sal Guatieri ketua penganalisis ekonomi di BMO Capital Markets.
Jualan runcit pada Julai melonjak 0.6% bulan lalu yang tertinggi sejak Disember 2016. Manakala bacaan bulan sebelum pula dikaji semula meningkat kepada 0.3% berbanding bacaan awal -0.2%.
Jualan runcit teras (Core Retail-sales) yang tidak mengambil kira jualan barangan yang volatile (turun-naik) seperti gasolin, makanan dan kereta turut meningkat 0.6% berbanding sebelum itu yang hanya meningkat 0.1%.
Data ini penting dan mampu memberi kesan signifikan kepada pasaran kerana jualan runcit mewakili 70% daripada pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat.
US dolar mengukuh sebaik sahaja data ini dikeluarkan dengan EUR/USD jatuh 60 pip, GBP/USD jatuh 42 pip.