Retorik oleh ahli-ahli OPEC tidak memberi kesan yang banyak kepada harga minyak mentah global dengan pasaran ketika ini memberi perhatian kepada risiko peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat dan juga inventori yang tinggi.
Harga minyak bergerak tinggi dalam sesi dagangan US pada Khamis, tetapi minyak WTI (West Texas Intermediate) mendapat tekanan jualan di sekitar harga $51.20 setong dan ketika ini didagang di sekitar $50.68 setong. Minyak Brent juga masih di bawah tekanan dan sedang menguji paras support $53.00.
Terdapat kebimbangan yang berlanjutan dengan peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat yang akan menjadikan ia lebih sukar untuk menyeimbangkan pasaran ini.
Menteri minyak Rusia Novak enggan memberi komen berkaitan potensi pelanjutan pemotongan bekalan minyak dan mengatakan pasaran minyak global telah seimbang sejak Mac.
Pasaran secara keseluruhan sedang menunggu lebih bukti inventori yang berkurangan di US sebelum melihat data terkini sebagai meyakinkan. Sebelum ini data EIA menunjukkan pengurangan bekalan sebanyak satu juta tong di Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Komen dan retorik oleh OPEC akan terus diperhatikan oleh pasaran dalam jangka pendek sebelum pertemuan pada Mei di mana mereka akan membincangkan sama ada mahu melanjutkan pemotongan bekalan atau pun tidak bersama negara pengeluar bukan-OPEC.