Dalam temubual bersama Fox Business, Tyler dan Cameron Winklevoss telah mencabar CEO JPMorgan, Jamie Dimon untuk menjual Bitcoin di pasaran niaga-hadapan (futures) jika beliau masih yakin bitcoin akan jatuh dalam jangka panjang.
“Kami telah bekerja begitu kuat untuk memberikan Dimon peluang untuk menjual Bitcoin dan sesiapa sahaja yang anda kenal kata bitcoin adalan penipuan dan bubble, dan anda boleh letak duit sekarang dan menjual Bitcoin,” kata Cameron.
Pada 14 Disember, Chicago Board Options Exchange (CBOE) menjadi exchanger dan institusi kewangan yang pertama menyenaraikan niaga-hadapan (futures) bitcoin bersama Gemini iaitu exchanger yang dimiliki oleh kembar Winklevoss.
Penyenaraian niaga-hadapan (futures) CBOE dan Gemini menyediakan platform dan kecairan yang mencukupi untuk pelabur berskala besar membeli atau menjual matawang digital itu. Melalui pasaran hadapan ini lah Cameron Winklevoss mencabar Dimon untuk menjual bitcoin jika beliau benar-benar percaya bitcoin adalah penipuan.
Sesetengah penganalisis terkenal dan pakar dalam industri matawang-Crypto, Ari Paul yang juga pengasas bersama Blocktower Capital tidak percaya dengan keraguan Dimon. Malahan Paul percaya Dimon memahami Bitcoin lebih baik daripada aset lain di pasaran tetapi komen itu bertujuan untuk mempengaruhi orang awam kerana beliau menganggap bitcoin sebagai ancaman kepada institusi perbankan global khususnya JPMorgan sendiri.