Keyakinan pengguna (consumer confidence) US jatuh dariapda paras tertinggi 17 tahun lalu pada bulan Disember.
Berdasarkan laporan, bacaan keyakinan pengguna jatuh keparas 122.1 pada bulan Disember berbanding sasaran ekonomi yang menjangkakan bacaan pada 128.1.
Pada bulan November, indeks keyakinan pengguna naik keparasa 129.5 yang merupakan bacaan tertinggi sejak 17 tahun lalu.
Menurut pakar ekonomi, Lynn France, kejatauhan ini didorong oleh jangkaan yang kurang optimis terhadap laporan perniagaan dan peluang pekerjaan pada bulan-bulan akan datang.
Namun, tambah beliau, walaupun dengan kejatuhan keyakinan, jangkaan pengguna dijangka akan berada paras yang kukuh. Hal ini menunjukkan ekonomi akan terus bertumbuh dengan baik pada tahun 2018.
Pakar ekonomi kini memberi tumpuan pada perbelanjaan pengguna yang merangkumi 70% aktiviti ekonomi.