Indeks keyakinan pengguna Zon-Eropah mengukuh secara signifikan kepada -3.6 dari bacaan yang dicatat pada Mac iaitu -5.0 dan lebih tinggi dari jangkaan pasaran -4.8.
Selepas kejatuhan yang agak membimbangkan Februari lalu, indeks ini telah merekod kenaikan selama dua bulan berturut-turut pada Mac dan April dan hampir ke paras tertinggi sembilan tahun lalu.
Kejatuhan dalam data inflasi-teras dan perubahan dalam harga bahan api memberi impak kepada keyakinan pengguna khususnya apabila keyakinan jatuh yang sejajar dengan kenaikan inflasi-teras.
Perubahan dalam inflasi akan mengurangkan kebimbangan kepada kejatuhan dalam pendapatan benar yang akan memberi kesan kepada keyakinan pengguna.
Pasaran pekerjaan Zon-Eropah dilihat terus kukuh dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan. Hal ini dapat dilihat apabila Markit April PMI melaporkan pengukuhan indeks pekerjaan ke paras tertinggi dalam masa 10 tahun. Keyakinan yang meningkat ini juga sudah tentu akan meningkatkan kadar gaji di blok tersebut.
Terdapat juga bukti bahawa perkembangan politik Eropah tidak memberi banyak kesan kepada data-data terbaru yang dikeluarkan.
Secara keseluruhan, tahap perbelanjaan dijangka kekal kukuh dalam jangka pendek yang akan menggalakkan pertumbuhan di Zon Eropah.