The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 0.56 juta tong pada minggu berakhir 17 Februari berbanding 9.5 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah kenaikan 3.5 juta tong. Jumlah inventori berada 8.9% melebihi stok tahun lalu di paras 518.7 juta.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) juga merekodkan penambahan stok yang tinggi iaitu 0.88 juta tong pada minggu tempoh sama berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 9.94 juta tong.
Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) mencapai paras tertinggi $54.97 setong dalam dagangan Khamis berbanding paras tertinggi yang dicapai minggu ini pada Isnin di $55.04.
Manakala minyak Brent (Brent-oil) mencapai paras tertinggi $57.43 dalam sesi sama yang merupakan paras tertinggi setakat minggu ini.