Kiwi kekal di paras yang sama pada pembukaan sesi Asia hari ini menjelang laporan belanjawan New Zeland dan data-data PMI bermula petang ini dengan dolar yang melonjak pada sesi yang lepas.
Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain meningkat 0.45% kepada 93.42 pada penutupan sesi New York semalam.
Tumpuan akan diberikan pada laporan terkini bajet kerajaan dengan para pelabur ingin melihat adakah laporan nanti akan kekal dengan lebihan belanjawan.
Pasangan matawang NZD/USD meningkat 0.03% kepada 0.7281, manakala AUD/USD juga naik 0.01% kepada 0.7913 dan USD/JPY meningkat 0.15% kepada 109.73 setakat jam 7.57 pagi.
Semalam dolar didagang tinggi berbanding matawang dunia yang lain kerana para pelabur menantikan ucapan-ucapan daripada Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi dan pengerusi Fed, Janet Yellen hujung minggu ini.
Greenback melonjak daripada paras terdendah sesi lepas, mengangkat semula permulaan yang teruk pada minggi ini berikutan fokus para pelabur beralih daripada ketegangan antara US-Korea Utara kepada polisi monetari menjelang ucapan Draghi dan Yellen dalam persidangan Jackson Hole nanti.
Draghi di jangka akan memberi sedikit maklumat tentang pandanganya terhadap polisi monetari ECB untuk elakkan risiko lonjakan euro berikutan kebimbangan semakin meningkat terhadap kenaikan mendadak dalam satu-satu matawang.
Pada laporan mesyuarat ECB bulan Julai, para pegawai memberi amaran dengan lonjakan yang berlaku pada euro baru-baru ini boleh menghalang usaha bank pusat untuk mencapai sasaran inflasi di bawah dan menghampiri 2%.
Data sentimen ekonomi di zon eropah bagi bulan Ogos jatuh diluar jangkaan kepada 29.3 daripada 35.6 bulan sebelumnya.