Kos hidup di US meningkat pada Januari yang tertinggi sejak Februari 2013, disokong oleh kenaikan harga gasolin dan barangan dan perkhidmatan lain yang semakin mahal. Hal ini menunjukkan momentum inflasi yang semakin tinggi di negara ekonomi terbesar dunia ini.
Harga pengguna US yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan kenaikan 0.6% pada Januari berbanding kenaikan 0.3% pada bulan sebelum. Kenaikan kali ini begitu tinggi berbanding jangkaan pasaran 0.3%. Manakala dalam kiraan tahunan harga pengguna (consumer price index, cpi) naik 2.5% dari 2.1% sebelum ini yang merupakan bacaan tertinggi sejak Mac 2012 jika dibandingkan dengan jangkaan 2.3%.
US dolar menguat sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy menguat sebanyak 50 pip dan semakin menghampiri 115.00. Manakala Eur/Usd susut ke paras terendah lima minggu lalu berhampiran 1.0620, namun memulih semula dari paras terendah sebentar tadi.
Consumer Price Index (CPI) adalah data anggaran harga umum dari Jabatan Buruh kerana ia mengambil kira semua barangan dan perkhidmatan di US.
Data secara keseluruhan akan meningkatkan spekulasi bahawa The Fed akan mengetatkan polisi (menaikkan kadar) pada mesyuarat FOMC bulan hadapan. Manakala pasaran hadapan (future market) menunjukkan kenaikan kadar pada Mac naik dari 35% kepada 40% ketika ini.