Seorang anggota polis maut ditembak di Paris dan dua yang lain cedera dalam satu serangan ditengah ibu kota Paris malam tadi waktu tempatan. Serangan yang dijalankan sebelum proses pilihanraya Presiden di Perancis itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Daish.
Presiden Francois Hollande berkata pembunuhan yang dilakukan di kawasan tumpuan Champs Elysees yang agak sesak dengan pelancong yang menikmati musim bunga itu sebagai tindakan “pengecut”. Pihak berkuasa di sana juga mendakwa suspek berjaya ditembak mati sejurus kejadian.
Serangan ini berlaku tiga hari sebelum kempen pilihanraya Perancis berakhir.
Perancis dikatakan telah mengalami beberapa siri serangan militan dan telah membunuh hampir 230 orang sejak dua tahun lalu.
KWSP Rekod Peningkatan Pendapatan Dengan Suasana Ekonomi Suram Tahun Lalu