Australia mencatat lebihan dagangan (trade surplus) melebihi jangkaan pada Mei disokong oleh pertumbuhan eksport melebihi import.
Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).
Lebihan dagangan merekodkan A$2.47 billion pada Mei, naik dari A$90 juta yang telah dikaji semula pada April seperti yang dilaporkan oleh Biro Statistik pada Khamis. Jangkaan pasaran untuk bacaan kali ini ialah A$1.1 billion.
Eksport berkembang 9% pada Mei, selepas jatuh 8% sebelum ini, manakala import hanya naik 1%.
Lebihan dagangan jatuh pada April yang boleh memberi kesan besar pada pertumbuhan suku kedua yang disebabkan kekurangan sumber eksport.
Sektor perdagangan negara ini memberi kesan negatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) pada suku pertama, menjadikan pertumbuhan yang lemah secara keseluruhan.
Reserve Bank of Australia (RBA) mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% awal minggu ini, dalam masa yang sama bimbang dengan kekuatan Aussie Dolar. Secara keseluruhan, bank pusat dilihat berpendirian neutral dalam kenyataannya terhadap ekonomi domestik.
Dolar Australia melonjak sejurus data ini dikeluarkan tetapi dalam keadaan terhad yang jelas dilihat pada pasangan Aud/Usd.