Matawang GBP (Great Britain Pound) menguat 130 pip hari ini ke paras tertinggi tujuh minggu lepas berbanding US dolar. Gbp juga menguat berbanding matawang utama yang lain selepas kegagalan rang undang-undang baru kesihatan Presiden Trump.
Gbp juga menguat berbanding Euro sebanyak 0.2%.
Sterling telah menguat sejak mesyuarat Bank of England pada 16 Mac di mana majoriti ahli-ahli pembuat polisi menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga yang meningkatkan spekulasi kenaikan kadar bagi membendung inflasi.
Ada beberapa bank terkemuka dunia sebelum ini menjangkakan Gbp akan jatuh di bawah $1.20 dalam tempoh proses formal keluar Britain dari Kesatuan Eropah.
“Jangkaan kami kepada kejatuhan Gbp telah diimbangi oleh kenyataan Bank of England terhadap kadar,” kata Kamal Sharma, Penganalisis di Bank of America Merryl Lynch di London.
“Tapi kami tidak rasa, Artikel 50 adalah punca terakhir akan membuatkan Gbp jatuh. May akan membuatkan Gbp berada di bawah tekanan lagi.”