Matawang U.S dolar didagangkan rendah pada hari Rabu dalam pasaran Asia. Penyusutan matawang U.S dolar disebabakan laporan media yang menyatakan perlaksanaan potongan cukai korporat dibawah pelan reformasi cukai berkemungkinan akan ditangguhkan.
Terdapat sumber yang tidak dapat dipastikan melaporkan bahawa pemimpin Senat Republikan sedang mempertimbangkan 1 tahun penangguhan perlaksanaan potongan cukai korporat bagi memenuhi syarat-syarat Senat.
U.S dolar mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan lalu berbanding matawang utama pada akhir bulan Oktober berikutan jangakaan bahawa Jabatan Kerajaan Presiden Donald Trump akan melaksanakan potongan cukai yang bertujuan menjana ekonomi dan meningkatkan kadar faedah.
Menurut Yukio Ishizuki, penganalisis matawang berpendapat, “pada ketika ini kita tidak melihat apa-apa indikasi ekonomi yang besar dan calon pengerusi The FED juga telah diputuskan, maka yang menjadi perhatian sekarang ialah pelan reformasi cukai. Sebarang perubahan terhadap pelan ini akan memberi kesan kepada pergerakan matawang”
U.S dolar mencatat penyusutan sebanyak 0.18% berbanding matawang yen, kejatuhan daripada paras tertinggi 8 bulan lalu yang dikecapi pada hari Isnin.
Matawang euro mengukuh sebanyak 0.07% berbanding U.S dolar iaitu kepada 1.1597 setakat jam 9.40 pagi.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.08% setakat jam 9.40 pagi kepada 94.74.
Matawang Australia mengukuh sebanyak 0.17% kepada 0.7656 berbanding U.S dolar. Matawang New Zealand mengukuh 0.26% kepada 0.6918 berbanding U.S dolar setakat jam 9.40 pagi
Pasaran memberi tumpuan pada laporan keputusan polisi bank pusat New Zealand.