Harga minyak mentah dunia jatuh pada Jumaat, meneruskan kejatuhan Khamis disebabkan sentimen lebihan-penawaran yang terus mengheret pasaran ini walaupun dengan laporan data pengurangan inventori yang lebih daripada jangkaan.
Para pelabur juga terus memerhatikan ketegangan geopolitik antara US-Korea Utara.
Harga Brent-oil pada Khamis jatuh sehingga hampir $2 dan ketika ini didagang di sekitar $51.57 setong. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) ketika ini didagang di sekitar $48.41 jatuh dari paras tertinggi Khamis di $50.31 setong.
“Harga minyak mentah gagal mengekalkan kenaikan sebelum ini dengan pasaran ketika ini masih berhati-hati dan meragui kejatuhan inventori baru-baru ini,” kata Bank ANZ.
“Isu sebelah penawaran juga masih memberi kesan kepada harga dengan data menunjukkan pengeluaran di Libya melonjak pada Julai.”
Ketika ini, Presiden Trump terlibat dengan peperangan retorik dengan Korea Utara dengan masing-masing saling mengancam dengan serangan. Pasaran ketika ini melihat Korea Utara adalah ancaman besar kepada pasaran, dengan laporan kemampuan mereka membina peluru berpandu nuklear.
“Saya rasa apa yang sedang mengganggu pasaran ketika ini adalah sentimen berisiko antara Washington dan Pyongyang,” kata Michael MacCarthy, ketua strategi pasaran di CMC Markets.