Harga minyak mentah didagang stabil pada Rabu dengan OPEC mengatakan mereka komited untuk mengurangkan bekalan yang menyebabkan harga pasaran jatuh sejak 2014.
Minyak Brent (Brent-oil) kini didagang di sekitar $55.38 setong setakat pukul 4.40 petang. Manakala minyak WTI(West Texas Intermediate) didagang di sekitar $52.90 setong.
Pedagang berpendapat, harga disokong oleh komen Setiausaha OPEC di mana mereka komited untuk mengembalikan kestabilan dalam pasaran ini.
OPEC bersetuju untuk memotong bekalan minyak pada November tahun lepas iaitu sebanyak 1.2 juta tong sehari dalam tempoh Januari sehingga Jun. Manakala Rusia dan negara bukan OPEC yang lain memotong sebanyak 600,000 tong sehari yang membawa kepada jumlah 1.8 juta tong.
Dari segi politik, Presiden Trump telah mengarahkan kajian semula sama ada sekatan terhadap Iran di bawah perjanjian nuklear 2015 adalah di bawah dasar kesalamatan Amerika Syarikat.
Kebanyakan dari sekatan US terhadap Iran telah dihentikan pada penghujung 2015 yang membenarkan Tehran mengeksport minyak lebih dari dua kali ganda sepanjang 2016 dan menambah lambakan bekalan dalam pasaran.
Data terbaru oleh API (Institut Petroleum Amerika) yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan kemerosotan inventori sebanyak 840,000 tong pada minggu berakhir sehingga 14 April. Walaubagaimanapun, stok masih lagi di sekitar rekod tertinggi dengan stok gasolin naik 1.4 juta tong.
Hari ini data EIA pula akan menjadi perhatian pasaran yang akan dikeluarkan pada pukul 10.30 malam.