Sentimen pelabur di Asia hari ini banyak disokong oleh data ekonomi China yang memberangsangkan. Indeks MSCI Asia Pasifik yang tidak mengambil kira Jepun naik 0.55% ke paras tertinggi sejak April 2015.
Indeks yang mengumpulkan syarikat-syarikat besar di Shanghai, CSI300 naik sehingga 1,73% dalam penutupan sebentar tadi. Manakala indeks utama Australia ASX200 merekod kenaikan 0.79% dan Nikkei di Jepun ditutup 0.12% lebih tinggi.
Wallstreet pada Selasa didagang bercampur-campur selepas pengumuman laporan pendapatan syarikat terkemuka dengan Dow Jones terheret oleh Goldman Sachs, tetapi Nasdaq sekali lagi merekod paras tertinggi terbaru.
Dow Jones dalam penutupuan pasaran Selasa jatuh 0.25%, dengan S&P 500 naik 0.06% dan Nasdaq juga merekod kenaikan 0.47% sekaligus mencapai paras tertinggi sekali lagi.
Kejatuhan dalam nilai US dolar dan keyakinan terhadap permintaan komoditi oleh China telah menyokong pasaran komoditi terutamanya kuprum dan biji besi. Emas dalam pasaran spot juga menambah keuntungan sejak beberapa sesi dagangan lepas.
“Banyak persoalan dalam reformasi US, dan juga momentum pertumbuhan ekonomi seperti akan mengekalkan Amerika Syarikat dalam keadaan semasa dalam jangka masa panjang,” kata penganalisis di Morgan Stanley.
“Secara global, keadaan kewangan semakin baik apabila US dolar melemah,” tambahnya. “Kejatuhan US dolar yang merupakan rizab terbesar dunia cenderung meningkatkan citarasa kepada risiko dalam pasaran.”