Pembuat dasar bank pusat Eropah (ECB) kebanyakkannya bersetuju untuk melanjutkan pembelian bon selama 9 bulan dalam jumlah lebih kecil dan hal ini bakal dibincangkan dalam mesyuarat dasar akhir bulan nanti
Dengan pembelian aset atau bon yang akan tamat pada akhir tahun ini, pembuat dasar akan mula membuat keputusan pada 26 Oktober sama ada untuk meneruskan ransangan atau terpaksa mengurangkan pertumbuhan ekonomi dengan jangkaan kadar inflasi akan semakin jauh daripada sasaran 2 peratus bank pusat.
Walau bagaimanapun, tindakan selanjutnya masih dalam perbincangan, adakah perlunya mengurangkan ransangan dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat atau meneruskan pelonggaran dalam tempoh yang lebih lama.
Antara hal yang menjadi perdebatan, bagaimana pandangan ECB terhadap program pelonggaran sedia ada, adakah akan dilanjutkan atau terus diberhentikan.
Bagi mereka yang hawkish mengharap ECB akan menyatakan keinginan untuk menamatkan pembelian bon, namun bagi yang dovish pula pasti mengharap ECB lebih fleksibel untuk meneruskan pembelian jika unjuran ekonomi menunjukkan kemerosotan.
Jumlah pembelian masih dalam perbincangan dan sebahagian ahli ekonomi berpandangan antara €25 billion hingga €40 billion sebulan, dan ada juga sebahagian mereka mengatakan ECB perlu membuat pengurangan mendadak dalam pembelian semasa bon yang berjumlah €60 billion.
Penganalisis mengatakan berapapun jumlah pembelian bulanan bukanlah menjadi masalah kerana impak kepada inflasi adalah kecil, namun lanjutan pembelian selama 9 bulan seolah-olah mengenepikan pandangan bahawa kadar faedah akan dinaikkan. Oleh itu program pelonggaran dijangka akan berterusan lebih lama.