Harapan terhadap pelan reformasi cukai semakin pudar apabila presiden Donald Trump dan ahli republik yang berpengaruh, Bob Corker saling bertikam lidah. Hal ini juga menunjukkan konflik yang berlaku dalam kalangan ahli Republik.
Isu ini bermula apabila pernyataan Corker di New York Times yang mengatakan Trump seolah-olah menjalankan tanggungjawab sebagai presiden seperti acara realiti televisyen iaitu dengan membuat ancaman secara sembrono terhadap negara lain yang dapat membawa U.S ke kancah Perang Dunia III.
Pada 8 Oktober Trump membalas kritikan Corker di Twitter dengan menyifatkan Corker kecewa kerana beliau (Trump) menolak permintaan Corker untuk mendukung dia dalam pemilihan Senator di Tenesse. “Dia juga ingin menjadi setiausaha kerajaan tetapi saya menolaknya. Saya juga telah menjangka bahawa Corker akan menjadi suara negatif dan menghalagi agenda besar kami.” dakwa Trump.
Corker memberi ucapan balas dengan menyifatkan Rumah Putih sebagai tempat jaga orang tua berikutan sikap Trump.
Pada 9 Oktober, Todd Womack yang merupakan orang kanan Corker mengatakan bahawa Trump meminta Corker agar memikirkan kembali keputusan untuk tidak kembali mencalonkan diri sebagai anggota Kongres dan menegaskan bahawa beliau (Trump) pasti akan menyokong Corker.
Corker bukan sahaja pakar dalam polisi luar negara, beliau juga merupakan orang penting dalam perdebatan cukai. Beliau turut menjadi kunci utama kepada perlaksanaan reformasi cukai jika bersetuju dengan resolusi bajet yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan sebanyak $1.5 trillion. Pendirian Corker ketika ini tidak akan mengundi pakej cukai yang akan meningkatkan defisit negara.
Ahli Republik mengharapkan Corker mengundi pelan reformasi cukai dengan harapan ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Namun tweet Trump telah mengeruhkan keadaan, tamabahan pula Corker telah membuat keputusan untuk tidak masuk bertanding dalam pilihan raya Senat di Tennessee pada November tahun depan.