Dolar dilihat sedikit melemah pada sesi pasaran Eropah dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.09% kepada 93.19.
Walau bagaimanpun, dolar Australia masih bergerak lebih rendah berbanding dolar US pada hari ini dengan AUD/USD kekal di bawah paras pembukaan harga, susut 0.27% kepada 0.7827 pada jam 4.20 petang.
Kiwi pula dilihat bergerak sideway selepas bank pusat New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% awal pagi tadi dan harapan pelan pembaharauan cukai Amerika dapat dilaksanakan memberi sokongan terhadap permintaan greenback.
NZD/USD bergerak sekitar pembukaan harga hari ini pada 0.7200 selepas jatuh ke paras terendah tiga minggu lalu pada harga 0.7171 semalam.
Penetapan kadar faedah RBNZ yang kekal di paras 1.75% seiring dengan jangkaan pasaran. Mengulas keputusan tersebut, bank pusat berkata mereka tidak menjangkakan sebarang kenaikan kadar faedah semetara waktu berikutan pertumbuhan ekonomi yang lemah dan inflasi yang bergerak perlahan.
“Terlalu banyak ketidaktentuan, dan dasar mungkin perlu diubah mengikut kesesuaian,” kata Grant Spencer, Gabenor RBNZ.
Greenback mendapat sokongan yang lebih kukuh selepas rangka kerja pembaharuan cukai US pertama kali sejak 30 tahun lalu disampaikan oleh Presiden Trump awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, usul ini masih diperingkat permulaan, dan dijangka akan dibahas hebat oleh parti Republikan dan juga lawannya Demokrat.
Sebelum ini, US dolar juga turut disokong oleh data pesanan barangan tahan lama serta jangkaan baru terhadap kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada bulan Disember nanti
Yen juga mengukuh berbanding matawang utama yang lain dengan USD/JPY susut 0.10% kepada 112.73. Euro juga pulih sedikit dengan EUR/USD naik 0.14% kepada 1.1764