Yen mengukuh pada pembukaan pasaran Asia hari ini berikutan data-data yang positif dan permintaan perumahan semakin meningkat.
Pasangan matawang USDJPY susut 0.11% kepada 111.14 setakat pukul 11.32 am, manakal AUDUSD pula meningkat 0.01%.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.04% kepada 93.73.
Di Jepun, perbelanjaan isi rumah melonjak 2.3% pada Jun berdasarkan anggaran bulanan, meningkat sebanyak 0.6% daripada bulan sebelumnya. Dalam ukuran tahunan pula meningkat sebanyak 1.5%. Kadar pegangguran pula menurun 2.8% daripada 3.1% bulan Mei lepas.
Bacaan untuk jualan runcit tahunan menurun 2.1% namun penganalisa pasaran telah menjangkakan penurunan ini. Indeks Inflasi tahunan negara pula meningkat 0.4% pada bulan Jun ini, manakala indeks teras pula meningkat 0.2% lebih 0.1% daripada yang dijangkakan.
Pada sesi lepas, US dolar yang telah turun kepada paras 14 bulan terendah, menguat kembali apabila data-data yang bercampur lebih memberi kesan positif terhadap pasaran.
Tuntutan penganguran yang meningkat sebanyak 244,000 lebih empat ribu daripada jangkaan dan tempahan ‘durable-goods‘ (barangan tahan lama) meningkat kepada 6.5% untuk bulan Jun, memberi impak positif terhadap ekonomi US.
Dolar US yang menguat selepas laporan data semalam memberi kesan negatif kepada matawang Euro dan Pound. Pada sesi pasaran sebelum ini juga, GBPUSD susut walaupun mendapat kekuatan selepas ramalan terhadap laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) positif dan seperti yang di jangkakan.