Penjualan terhadap matawang Gbp pada Isnin dilihat sebagai kesan daripada Parti Theresa May yang kehilangan majoriti dalam pilihanraya minggu lalu dan dilihat akan menjejaskan rundingan Brexit.
Gbp/Usd berada di sekitar 1.2727 pada pukul 4.15 petang yang merosot 0.13% dari sesi dagangan Jumaat yang berakhir dengan kejatuhan nilai sebanyak 1.7%. Sesi dagangan terkahir minggu lalu adalah kejatuhan terbesar pasangan matawang ini sejak lapan bulan lepas.
Perdana Menteri UK kini membuat pakatan dengan Democratic Unionist Party yang dikenali sebagai DUP bagi mengekalkan kuasa Konservatif selepas tiada satu parti pun mendapat majoriti mudah.
Matawang Euro menambah kekuatan petang ini dengan mengukuh berbanding US dolar dan Sterling di mana Eur/Usd naik 0.25% dan Eur/Gbp naik 0.34% setakat pukul 4.20 petang. Kini kedua-dua pasangan matawang ini didagang di sekitar 1.1221 dan 0.8815.
Matawang Euro menunjukkan kesan yang minima selepas undian pada Ahad yang menunjukkan parti Presiden Perancis dijangka memenangi majoriti di parlimen selepas pengundian pusingan pertama.
Usd/Jpy meleset 0.27% dan kini didagang di sekitar 110.03. Nikkei hari ini ditutup 0.54% lebih rendah berikutan prestasi negatif di Wallstreet pada Jumaat.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang lain meleset 0.16% dan kini berada di sekitar 97.09.
Tiada sebarang event (peristiwa) berimpak tinggi yang akan dikeluarkan hari ini, dan pasaran akan tertumpu kepada penetapan kadar faedah Federal Reserve Khamis ini.