Pertumbuhan ekonomio UK pada suku keeempat 2016 yang dikeluarkan sebentar tadi merekodkan kenaikan 0.7% daripada bacaan pertama sebelum ini iaitu 0.6%.
Data pada suku pertama telah dikaji semula dan ditetapkan lebih rendah dari bacaan sebelum ini. Manakala bacaan dari tahun ke tahun lebih rendah dari jangkaan di paras 2.0% dan bacaan sebelum ini 2.2%.
Kenaikan bacaan pada suku keempat disumbangkan oleh kenaikan dalam pertumbuhan sektor pembuatan walaupun pertumbuhan masih didominasi oleh sektor perkhidmatan. Perbelanjaan isirumah meningkat 0.7% pada tempoh sama yang merekodkan 0.9% sebelum ini.
Sektor perdagangan memberi sumbangan yang agak signifikan dengan pertumbuhan 1.3%. Sebaliknya pula dalam komponen pelaburan dengan perbelanjaan modal mencatatkan bacaan yang kurang dari jangkaan.
Dalam jangka masa sederhana,syumbangan positif oleh komponen perdagangan dan pelaburan adalah perlu bagi memberi keyakinan dalam pertumbuhan ekonomi di masa akan datang. Dalam konteks ini, terdapat kebimbangan terhadap perbelanjaan modal dengan risiko Brexit yang sedang menyelubungi ekonomi UK ketika ini.
Walaupun dengan data yang lebih tinggi dari jangkaan, data secara keseluruhan menggambarkan ekonomi UK yang lemah dari jangkaan dan menyebabkan matawang Gbp melemah sejurus data ini dikeluarkan.